jangan pernah mencintai jika takut dilukai
jangan pernah menyanyangi jika takut dikhianati
jangan pernah mempercayai jika takut diragui
dan
jangan pernah merelakan jiwa jika takut kehilangan
hati kita bukan mainan
jadi pilihlah yang terbaik untuk dirimu
dan masa depanmu
jangan pernah mainkan perasaan sang pencinta
kelak nanti ia akan kembali kepada kita jua
ianya ialah hukum karma
jika takut itu , kita perlulah piliha yang terbaik
dan serahkannya kepada ALLAH
kerana terbitnya cinta di dalam hati
dengan keizinan-Nya
dan terbukanya pintu hati kerana-Nya
jangan pernah takut untuk bercinta
kerana banyak pengalaman dan pengajaran
dalam bercinta ...
created by : nurzeeyanne mohd salleh
Wednesday, October 23, 2013
senyum
senyum seperti kamu tidak pernah merasa sakit
senyum seperti kamu tiada masalah
senyum seperti kamu bahagia
senyum selagi kamu mampu
kerana senyuman kita mampu menutup segala
kesedihan di dalam hati
kekecewaan yang di rasai
masalah yang di hadapi
janji yang tak di tepati
kepercayaan yang di sia-siakan
tidak kira siapa pun yang melukakan kita
biarpun keluarga , sahabat ataupun kekasih
jangan tunjuk yang kita ini lemah dengan airmata
biarpun telah berkali-kali diberi peluang
namun , jika mereka tidak pernah berubah
apa yang harus kita lakukan hanyalah berdoa
dan tidak memberi mereka peluang lagi .
kerana cukup sekali terluka tidak mungkin akan kita ulangi...
"senyuman yang dipaparkan mampu membuat mereka tewas"
created by : nurzeeyanne mohd salleh
Subscribe to:
Posts (Atom)