Sunday, December 29, 2013

PENGHUJUNG 2013

Assalamualaikum bloggers dan pembaca ,
hanya tinggal 1 hari je lagi untuk kita berganjak ke tahun baru iaitu 2014 .
pertama sekali bersyukur ke hadrat ilahi kerana kita masih diberi peluang
untuk menghirup udara segar dan menjejakkan kaki kita di bumi ALLAH ini
pada tahun 2014 yang bakal tiba .
Apa azam korang tahun 2014 ni ?
Apa semangat korang tahun 2014 nanti ?
Adakah kita masih tetap sama atau kita masih akan ketinggalan ?
Apakah kita tidak mempunyai cita-cita atau impian untuk berjaya ?

Sempena tahun 2014 atau lebih sedap dipanggil tahun baru yang bakal tiba ini
marilah kita sama-sama berazam ' UNTUK BERUSAHA LEBIH GIGIH DEMI MASA DEPAN '
kita juga perlu menguatkan semangat kita . Semoga dengan azam dan semangat baru ini ALLAH memberkati dan merahmati perjalanan hidup kita dan permudahkan segala urusan kita . amin .

Kepada yang masih bersekolah . SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH .
Kepada yang sedang belajar di kolej . SELAMAT MAJU JAYA
Tidak lupa juga pada yang sudah bekerja .
SELAMAT TAHUN BARU DAN TERUSKAN USAHA ANDA UNTUK MASA DEPAN

Itu sahaja yang yan mampu tulis sempena hujung tahun 2013 .
semoga kita semua mengambil pelbagai iktibar daripada tahun ini
dan semoga kita menjadi lebih bersemangat dan tabah dalam menghadapi
sesuatu masalah .

ikhlas daripada
NURZEEYANNE MOHD SALLEH

Monday, December 23, 2013

cinta hati

di kala aku kesedihan engkau sentiasa memujuk diri ini
di kala aku kesepian engkau sentiasa membuka pintu kegembiraan
di kala aku kekeliruan engkau sentiasa memberi aku jalan yang terbaik .
engkau teristimewa di dalam hati meskipun engkau bukan yang pertama
yang ku sayangi namun engkau mengambil tempat di hatiku dengan baik .
aku sayang kau . mungkinkah cinta kita sampai ke akhir hayat ?
antaupun terkandas di tengah jalan . harapan ku sentiasa ingin bersama mu hingga ke akhir hayat .
kerna kau cinta pertama dan terakhir untukku .