Tuesday, September 2, 2014

NEW FRIEND SMAB



Assalamualaikum bloggers ,
yan nak kenalkan dekat korang kawan-2 baru yan .
dari kiri nama dia NUR DARWIN SHAH (awin) , 16 . sebelah awin ANIS NABILA (bell0 , 16 .
sebelah bell AINA HASMIRA (ayna) , 16 . dan yg sebelah yan Kak FATIN , 17. *hehe lupa nama penuh
dorang ni friendly , gila-2 sama macam kawan-2 dekat semerbak dulu . kadang yan rasa yan lepak dengan budak semerbak cuma dialek lain je . haha . tapi , yan rapat dengan bell . kadang dye macam sara and sorf sbb dpt detect perasaan yan . cuma bell je yg kurang skit dialek perak .

Saturday, August 23, 2014

Jamuan Raya Aspura Aspuri (SMAB)


Assalamualaikum bloggers
yan nak kongsi dengan korang tentang sekolah baru yan .
SMAB ni sekolah yan menyeronokkan bukan maksud yan SEMERBAK tak seronok .
maksud yan SMAB ni sekolah yang relax and tak tension . macam cara belajar , pergaulan dan
tugasan . yan tak cakap SEMERBAK stress tak . cuma kita belajar dekat SMAB ni relax tak payah
fikir pasal saingan . tak payah fikir pasal harga makanan . serius kalau korang seminggu dekat SMAB korang
mesti tak nak balik gombak . haha just joke . Kalau korang duduk asrama lagi seronok . aktiviti dia , pelajaran , tusyen , kawan dan macam-macam la . part of that , jamuan hari raya macam gambar dekat atas .
jamuan hari raya kitaorang memang best ada macam-2 . masa ni korang nak tangkap gambar dengan aspura pun warden tak marah . hehe . masa ni la kita nak kenal ramai kawan-2 kita . hidup baru yan memang happy tapi yan perlu lepaskan 2 subjek kegemaran yan iaitu AKAUN dgn ADD MATH . walaupun yan ada kawan dekat SMAB mana mungkin yan boleh lupa kawan-2 yan dkat SEMERBAK . 3 tahun 5 bulan yan bersama korang . mungkin nanti kita akan jumpa lagi insyaallah . sekarang ni masa yan kumpul kenangan dengan kawan-2 di SMAB . Till we meet again SEMERBAK . Hey SMAB .

Tuesday, June 24, 2014

sekolah baru.. jiwa baru..

Assalamualaikum bloggers and followers,
yan nak kongsi dengan korang kehidupan yan di tempat baru dan sekolah baru .
Alhamdulillah sudah hampir seminggu berada di Perak . Yan rasa seronok sangat .
tapi , tipulah kalau tak sedih tinggalkan kawan-kawan...Kenangan di gombak adalah kenangan
terindah . Biarpun adakalanya pahit tapi itulah asam garam kehidupan. Di Perak yan belajar berdikari ,
jadi seorang yang lebih baik dari sebelum ni . Semerbak (SMK SERI GOMBAK) ialah sekolah yang awesome sebab yan dah 3 tahun 5 bulan sekolah situ . Ramai kawan-kawan yang yan tinggalkan .
Tapi , SMAB (SMK AHMAD BOESTAMAM) sekolah paling friendly. Kawan-kawan semua baik-baik belaka. Tak sombong . Harap dapat banyak pengalaman manis di Perak pula .
bye . Assalamualaikum

Saturday, March 8, 2014

gadis blogger

mengenalimu tidak pernah rasa kesal di dada ,
menyanyangimu tidak pernah rasa putus asa dalam jiwa ,
mencintaimu tidak pernah rasa jemu dalam lubuk hatiku .

cinta kita melahirkan warna turquoise ,
warna yang susah untuk dicari ,
begitu juga kebahagiaan kita ,
susah untuk dicari .

biarpun sering ada salah faham antara kita ,
cintaku terhadapmu tidak pernah padam ,
begitu juga dirimu .

sungguh ikhlas hati ini menerima cintamu ,
sungguh bahagia hati ini berada disisimu ,
sungguh indah rasanya dicintai oleh dirimu .

cintaku tak memandang paras rupa ,
wang ringgit serta darjat ,
cintaku memandang keikhlasan hatimu .

sungguh aku menggilaimu 
sejak aku mulai rasa jantungku berdegup .

sungguh aku gelisah apa bila memandangmu ,
alangkah indahnya perasaan itu .

yan writting . original writting :D