Monday, October 17, 2016

Aku rindu wanita itu ... :'(



wanita itu ...
wanita yang telah berpenat lelah ...
membawa aku kemana sahaja ...
selama 9bulan 10hari ...

wanita itu ...
wanita yang telah bertarung nyawa seorang diri ...
pada tanggal 30 ogos 1998 pada pukul 10.30 pagi ...
bagi melahirkan aku ke dunia ini ...

wanita itu ...
wanita yang telah membesarkan aku ...
dengan penuh kasih sayang dicurahkan ...
dan telah memberi segala kebahagiaan ...
serta kenangan terindah dalam hidup aku ...

wanita itu ...
wanita yang paling bahagia melihat aku berjaya ...
wanita yang sentiasa memberi aku dorongan
dan sokongan pada minat aku ...

wanita itu ...
wanita yang paling kuat bagi ku ...
kerana mampu bertahan hingga ke akhir hayatnya
melawan segala kesakitan yang dihadapinya...

wanita itu ...
wanita yang telah meninggalkan aku selamanya ...
pada tarikh keramatnya iaitu tanggal 19 april 2014 ...
pada pukull 5.15 pagi ...
wanita yang telah pergi dan takkan kembali lagi
dalam hidupku ...

wanita itu ....
MAMA ... teman setiaku , ratu hatiku , penguat semangat aku
dan dialah segalanya ... orang yang tak pernah melayan aku
dari aku lahir hingga ke akhir hayatnya ...

masih terngiang di telinga mendengar perkataan terakhir beliau
iaitu 'SAYANG' , siapa sangka itu yang terakhir buat aku .

Ya , wanita itulah yang aku sangat rindu ...
Wanita di dalam potret itu .

by : zeeyan salleh