tidak pernah terlintas ingin menduakan ,
tidak pernah terlintas ingin membahagikan ,
dan . . .
tidak pernah terlintas mengingingkan yang lain .
aku bukan sebaik dan sesetia Saidatina Aisyah ,
juga ,
bukan sebijak dan secekal Saidatina Fatimah ,
aku hanya manusia biasa yang serba kekurangan ,
dan . . .
terus mencuba apa yang terbaik buatku dan dirimu . .
airmata umpama mutiara di pantai ,
ianya amat bernilai ,
setiap gadis telah banyak membazirkannya
kerana terlalu mencintai seseorang . . .
ketulusannya umpama tiada nilai bagi mereka
di luar sana . . .
biar selebat hujan yang turun ,
biar sederas air di sungai ,
airmatanya tidak akan berhenti ,
jika ia sering dilukai ...
insan seperti gadis ini ,
mempunyai hati yang rapuh ,
tapi ,
mereka tabah menghadapinya ,
kerana semangat mereka yang tinggi ,
dan ..
ketaqwaannya yang tak pernah berhenti . .
jika kamu seorang lelaki yang sejati ,
hapuskan airmata mereka ,
rawatlah luka mereka ,
agar mereka bahagia disisi kamu semua....
maafkan andai terkasar bahasa ,
tulisan ini hanya luahan semata ,
jika mencinta mereka ,
jangan pernah menyakiti dirinya .
nurzeeyanne mohd salleh
No comments:
Post a Comment