Friday, September 11, 2015

Pengalamanku Di Tahun 2015

Assalamualaikum bloggers sekalian ,
hari ni yan nak kongsi kenagan yan dengan korang harap korang sudi baca ...
kenangan yan paling indah pabila yan mendapat anugerah pelajar cemerlang 2014 aliran sains sosial dan memenangi banyak acara dalam sukan yang yan ceburi .. alhamdulillah rezeki Allah bagi pada yan ... semuanya demi arwah mama yan . dia kekuatan yan dalam semua aspek walaupun tempat mama diganti dengan seorang ibu saudara tapi kita hanya mampu berkongsi kasih sayang . biarpun begitu yan bahagia kerana makngah sangat memahami yan . penghijrahan yan ke bumi perak ini merupakan anugerah dari Allah yang Maha Mengasihani . kerana Allah sayangkan yan dia rencanakan semuanya . mungkin di tempat kelahiranku tiada rezeki untuk kejayaan ku namun Allah berikan aku rezeki di tempat orang . biarpun jauh di negeri orang namun aku tetap berbangga kerana Allah beri aku kesempatan untuk belajar di negeri orang . tempat yang baru 1 tahun lebih aku jejaki . Alhamdulillah egala kejayaan diperolehi atas usaha dan bakat sendiri . kenangan bersama rakan=rakan mengajar aku erti persahabatan dan pengkhianatan . kawan biar beribu namun sahabat sejati ialah yang setia disisiku saat aku terluka , gembira , tangis dan tawa . kenangan pahit manis bersama tak akan pernah aku lupakan . kerana ini kenangan ku . kenangan terindahku . kenangan yang tak boleh diganti . kerana kenangan lahir dari pengalaman hidup yang aku jalani sebelum aku kecapinya....
terima Ya Allah kerana beri aku peluang merasa segala nikmat dan rahmatmu di bumi orang .
biarpun penghijrahan ku di bumi perak ini sebagai seorang anak yatim yang baru kehilangan bonda yang tercinta namun itu bukan alasan untuk aku putus asa dan lemah semangat . bahkan itulah kekuatan dan pengorbanan yang dilakukan oleh bondaku untuk melihat kejayaan aku . meskipun kejayaan ku tidak dapat diraih bersama arwah mama namun jauh disudut hatiku aku tahu bahawa arwah mama bangga dengan aku kerana aku telah menunaikan impiannya yang ingin melihat aku perolehi anugerah pelajar cemerlang di sekolah menengah .
buat Arwah bonda yang tercinta Siti Hamidah binti Abu Bakar ,
terima kasih mama kerana melhirkan anak gadis yang bernama Nurzeeyanne binti Mohd Salleh di muka bumi ini . biarpun hidupku bersama mu hanya setakat 16 tahun usia ku namun aku bangga menjadi anak gadis kesayanganmu ma .
kasih sayangmu , senyumanmu , perkataanmu dan pengorbanan mu akan sentiasa aku kenangi sampai mati . aidk sayang mama . selamanya adik anak mama . bersemadilah dengan tenang bondaku . al-fatihah .

No comments:

Post a Comment