#MDSLENDU
24/5/2016 - ni fail yang aku kena lengkapkan pada minggu pendaftaran hari tu juga bermulanya langkah pertama kehidupan aku sebagai mahasiswi Uitm , selesai sahaja pendaftaran bilik kitaorang dikumpulkan di bawah kolej untuk bergerak ke Dts ( dewan taming sari ) untuk MDS (minggu destini siswa ) , pada mulanya aku ingat mds ni macam game ye la dulu asrama ada minggu orientasi tapi main game ... haha walaupun mds ni penuh dengan taklimat ia tidak membosankan sebab kitaorang ada akak-2 dan abang-2 pm yang sporting .
apa yang lagi menarik first day dah trending dekat twitter !!!! tapi mds diadakan selama 4 hari sahaja
masa last day tu semua sedih , ye la dah tak dengar dah biro disiplin 'n' biro makanan cakap pantas siswi pantas . dalam dewan tak dengar dah biro usahawan menjual ' air mineral , air mineral siapa nak air mineral ' , ' gula-gula cinta ' and biro protokol ' ombak 1 , ombak 2 dan ombak 3 ' 'n' 'jom main tukar vokal ' . malam last tu kitaorang nyanyi lagu flashlight , terakhir , menari lagu gummy bear dengan lagu apa entah lagi satu . serius sedih sangat nak balik sampai nak tambah lagi seminggu .
yang paling sedih bila balik bilik baca tweet akak-2 pm cakap 'malam ni bolehlah korang tidur nyenyak , esok pagi tak payah bangun awal' serius sedih wei , tak ada akak-2 nak kejut pagi-2 tu . walaupun kena bangun pukul 3/4 pagi , pukul 8.30 pagi kena panjat bukit , kena makan laju-2 tapi itulah kenangan yang tak dapat dilupakan . jujur aku cakap aku tak move on lagi walaupun dah 1 bulan lebih mds berlalu ... so next batch aku rasa korang akan rugi sebab abang-2 ngan akak-2 pm yang jaga kitaorang ni ramai yang dah nak grad and majoriti datang dari masscom sem baru nanti masscom akan pindah ke rembau tapi lendu will always in my heart . forever lendufornia .
terima kasih kakak-2 dan abang-2 pm yang sanggup korbankan cuti untuk jaga kitaorang
#lalalalendu #mdslendu #sesijun-oct2016
#MC1101G
6/6/2016 - hari pertama aku mula kuliah dan kenal kawan kelas , rasa awkward gila and masa tu juga hari kedua berpuasa ... haha first day kelas terjemahan pula sir suruh kenalkan kawan bukan diri . masatu yang kenal tahu la yang aku ni tak kenal siapa pun lagi ... haha first day intro tu sorang pun aku tak ingat nama kecuali yang 1 kolej ngan aku . tapi bila sepanjang minggu pertama intro dan semua kelas buat benda sama lama-2 aku ingat semua nama... haha kawan-2 kelas aku ni friendly and sporting baru 2nd day kenal dah macam dah kenal lama , boleh kata group ws tak pernah tak bising . dah 1 bulan aku kenal dorang . seronok dapat 1 kelas dengan diorang .
inilah gambar kelas aku :D kitaorang banyak kali postpone haha . tak best kan bila photoshoot tapi tak cukup orang ? tulah yang kitaorang sanggup buat . gambar kelas nampak cantik bila kesemua ahlinya ada ....
27/6/2016 - ha ini arca yang kelas aku buat ... arca ni untuk induction yang diadakan oleh komed iaitu persatuan komunikasi dan media . semua fakulti ada persatuan tersendiri . persatuan ni terdiri dari 17 ke 19 orang yang memegang jawatan sebagai MT KOMED . sepatutnya arca ni hantar pada hari sabtu minggu sebelumnya sekali dengan induction tapi ditunda pada hari isnin . *untuk arca dengan tandatangan je la induction belum lagi :p
kelas kitaorang ni buat last minit , yang buat pun tak ramai sebab majoriti balik bila tahu induction ditunda .. hahaha tapi semua menyumbang idea :D
actually kitaorang dapat task ni masa perjumpaan pertama dengan komed :)
28/6/2016 - hari ni kitaorang kena present arca kitaorang dengan buat performance . Kitaorang ni suka buat lain dari lain tau dan jenis spontan je . Alhamdulillah semua berjalan lancar dan ikut seperti yang dirancang . Kitaorang gabungkan persembahan dan presentation sekali untuk tak membazir masa :D kitaorang plan untuk lakonkan setiap satu pekerjayaan yang ada dalam masscom dan berkaitan dengan arca . kalau kumpulan lain mesti tak berani nak ajak MT kan, kitaorang bukan ajak tapi kitaorang terjah .. hahaha ... actually MT kitaorang tahu last minutes plan kitaorang nak interview dia . haha nakalkan kelas kitaorang dah la bagi soalan cepumas . tapi semua puas hati dengan idea dan lakonan yang dibawa kawan-2 kitaorang .
kat atas ni video kitaorang buat trademark kelas . kitaorang buat dab sebab MT kitaorang dah suruh masa perjumpaan pertama dengan KOMED lagi ... haha walaupun simple tapi menyeronokkan . Rakaman ni hanya nampak para pelakon je dekat bawah . hangpa fikirlah macam mana nak rakam sambil buat dab . yang lain duduk atas dan di merata tempat . masa buat ni yang tak berlakon semua berdiri . kalau nak dengar audio jelas pakai earphone . hee
itu sahaja nak share setakat ni . apapun aku nak cakap aku gembira dan bersyukur sangat dapat jadi sebahagian dari mereka . love masscom , love uitm lendu
#lalalalendu #iheartmasscom #mdslendu #komedlendu #UiTMdihatiku
#lendufornia
No comments:
Post a Comment