Thursday, December 15, 2016

Be Yourself

Assalamualaikum and hey readers ,
Firstly , yan minta maaf dah lama tak update . Hehe biasalah bila sem break dia punya enjoy tak ingat dunia . Haha kk lupakan tu . Actually , sekarang ni yan dah sem 2 , yeay... haha Alhamdulillah dah 2 minggu pun menjadi pelajar semester 2 . Mesti korang pelik kenapa tajuk yan "Be Yourself" kan ? Actually , yan nak korang jadi diri sebab kita kena bangga dengan diri kita sendiri , bangga tentang siapa  diri kita dan bangga dengan apa yang kita pilih . Korang tak bangga ke dengan diri korang ? Kenapa korang kena jadi orang lain ? Sebab dorang cantik ? Sebab dorang kaya ? Atau sebab dorang boleh buat apa saje ? Setiap manusia ada kelemahan dan ada keistimewaan masing-masing . Hanya kita sahaja yang tahu apa keistimewaan kita . Buat apa yang korang rasa yang terbaik dalam hidup korang dan janganlah sesekali guris hati orang dan ia tak bermaksud korang kena ketepikan hati korang . Kadang-kadang tak semua kita mampu buat untuk puaskan hati semua orang . Takkan kita nak biarkan orang gembira atas kelukaan kita kan ? Mereka tak perasan kita terluka kerana dihadapan mereka kita ketawa . Persoalannya sampai bila ? Sampai bila kita perlu sorok perasaan kita ? Yan tulis macam ni sebab inilah yang yan rasa . Rasa yang sangat menyakitkan sampai nak ditangisi tidak mengalir airmata , nak diluah juga tak terluah . Hanya mampu memendam dan menelan selagi mampu . Hanya mampu kuatkan hati dan positifkan diri tapi sampai bila kan ? Selama ni yan memang jadi diri sendiri tapi manusia mana yang tak mempunyai hati yang lembut kan ? Bak kata pepatah sekeras-keras mana pun dia akan lembut juga hatinya nanti . Seego-ego manapun yan mesti ada rasa serba salah tu , rasa sayang , rasa simpati . Sebab yan juga manusia , tapi sampai bila yan mampu bertahan ? Jadi korang , yan harap korang janganlah jadi macam yan . Jangan terlalu keras dan janganlah terlalu lembut kerana nanti korang sakit . Jadilah diri sendiri yang mempunyai sifat yang sederhana dan setiap apa yang korang ikut kemampuan dan ikut minat korang .

Thats all for today . thank you for reading <3
Assalamualaikum

Love, Zeeyan .

Monday, October 17, 2016

Aku rindu wanita itu ... :'(



wanita itu ...
wanita yang telah berpenat lelah ...
membawa aku kemana sahaja ...
selama 9bulan 10hari ...

wanita itu ...
wanita yang telah bertarung nyawa seorang diri ...
pada tanggal 30 ogos 1998 pada pukul 10.30 pagi ...
bagi melahirkan aku ke dunia ini ...

wanita itu ...
wanita yang telah membesarkan aku ...
dengan penuh kasih sayang dicurahkan ...
dan telah memberi segala kebahagiaan ...
serta kenangan terindah dalam hidup aku ...

wanita itu ...
wanita yang paling bahagia melihat aku berjaya ...
wanita yang sentiasa memberi aku dorongan
dan sokongan pada minat aku ...

wanita itu ...
wanita yang paling kuat bagi ku ...
kerana mampu bertahan hingga ke akhir hayatnya
melawan segala kesakitan yang dihadapinya...

wanita itu ...
wanita yang telah meninggalkan aku selamanya ...
pada tarikh keramatnya iaitu tanggal 19 april 2014 ...
pada pukull 5.15 pagi ...
wanita yang telah pergi dan takkan kembali lagi
dalam hidupku ...

wanita itu ....
MAMA ... teman setiaku , ratu hatiku , penguat semangat aku
dan dialah segalanya ... orang yang tak pernah melayan aku
dari aku lahir hingga ke akhir hayatnya ...

masih terngiang di telinga mendengar perkataan terakhir beliau
iaitu 'SAYANG' , siapa sangka itu yang terakhir buat aku .

Ya , wanita itulah yang aku sangat rindu ...
Wanita di dalam potret itu .

by : zeeyan salleh

Friday, July 8, 2016

ZS new life at new place with new experience

#MDSLENDU

24/5/2016 - ni fail yang aku kena lengkapkan pada minggu pendaftaran hari tu juga bermulanya langkah pertama kehidupan aku sebagai mahasiswi Uitm , selesai sahaja pendaftaran bilik kitaorang dikumpulkan di bawah kolej untuk bergerak ke Dts ( dewan taming sari ) untuk MDS (minggu destini siswa ) , pada mulanya aku ingat mds ni macam game ye la dulu asrama ada minggu orientasi tapi main game ... haha walaupun mds ni penuh dengan taklimat ia tidak membosankan sebab kitaorang ada akak-2 dan abang-2 pm yang sporting . 
apa yang lagi menarik first day dah trending dekat twitter !!!! tapi mds diadakan selama 4 hari sahaja
masa last day tu semua sedih , ye la dah tak dengar dah biro disiplin 'n' biro makanan cakap pantas siswi pantas . dalam dewan tak dengar dah biro usahawan menjual ' air mineral , air mineral siapa nak air mineral ' , ' gula-gula cinta ' and biro protokol ' ombak 1 , ombak 2 dan ombak 3 ' 'n' 'jom main tukar vokal ' . malam last tu kitaorang nyanyi lagu flashlight , terakhir , menari lagu gummy bear dengan lagu apa entah lagi satu . serius sedih sangat nak balik sampai nak tambah lagi seminggu .
yang paling sedih bila balik bilik baca tweet akak-2 pm cakap 'malam ni bolehlah korang tidur nyenyak , esok pagi tak payah bangun awal' serius sedih wei , tak ada akak-2 nak kejut pagi-2 tu . walaupun kena bangun pukul 3/4 pagi , pukul 8.30 pagi kena panjat bukit , kena makan laju-2 tapi itulah kenangan yang tak dapat dilupakan . jujur aku cakap aku tak move on lagi walaupun dah 1 bulan lebih mds berlalu ... so next batch aku rasa korang akan rugi sebab abang-2 ngan akak-2 pm yang jaga kitaorang ni ramai yang dah nak grad and majoriti datang dari masscom sem baru nanti masscom akan pindah ke rembau tapi lendu will always in my heart . forever lendufornia . 
terima kasih kakak-2 dan abang-2 pm yang sanggup korbankan cuti untuk jaga kitaorang
#lalalalendu #mdslendu #sesijun-oct2016


#MC1101G


6/6/2016 - hari pertama aku mula kuliah dan kenal kawan kelas , rasa awkward gila and masa tu juga hari kedua berpuasa ... haha first day kelas terjemahan pula sir suruh kenalkan kawan bukan diri . masatu yang kenal tahu la yang aku ni tak kenal siapa pun lagi ... haha first day intro tu sorang pun aku tak ingat nama kecuali yang 1 kolej ngan aku . tapi bila sepanjang minggu pertama intro dan semua kelas buat benda sama lama-2 aku ingat semua nama... haha kawan-2 kelas aku ni friendly and sporting baru 2nd day kenal dah macam dah kenal lama , boleh kata group ws tak pernah tak bising . dah 1 bulan aku kenal dorang . seronok dapat 1 kelas dengan diorang . 

inilah gambar kelas aku  :D kitaorang banyak kali postpone haha . tak best kan bila photoshoot tapi tak cukup orang ? tulah yang kitaorang sanggup buat . gambar kelas nampak cantik bila kesemua ahlinya ada ....

27/6/2016 - ha ini arca yang kelas aku buat ... arca ni untuk induction yang diadakan oleh komed iaitu persatuan komunikasi dan media . semua fakulti ada persatuan tersendiri . persatuan ni terdiri dari 17 ke 19 orang yang memegang jawatan sebagai MT KOMED . sepatutnya arca ni hantar pada hari sabtu minggu sebelumnya sekali dengan induction tapi ditunda pada hari isnin . *untuk arca dengan tandatangan je la induction belum lagi :p
kelas kitaorang ni buat last minit , yang buat pun tak ramai sebab majoriti balik bila tahu induction ditunda .. hahaha tapi semua menyumbang idea :D
actually kitaorang dapat task ni masa perjumpaan pertama dengan komed :)
28/6/2016 - hari ni kitaorang kena present arca kitaorang dengan buat performance . Kitaorang ni suka buat lain dari lain tau dan jenis spontan je . Alhamdulillah semua berjalan lancar dan ikut seperti yang dirancang . Kitaorang gabungkan persembahan dan presentation sekali untuk tak membazir masa :D kitaorang plan untuk lakonkan setiap satu pekerjayaan yang ada dalam masscom dan berkaitan dengan arca . kalau kumpulan lain mesti tak berani nak ajak MT kan, kitaorang bukan ajak tapi kitaorang terjah .. hahaha ... actually MT kitaorang tahu last minutes plan kitaorang nak interview dia . haha nakalkan kelas kitaorang dah la bagi soalan cepumas . tapi semua puas hati dengan idea dan lakonan yang dibawa kawan-2 kitaorang .

     
kat atas ni video kitaorang buat trademark kelas . kitaorang buat dab sebab MT kitaorang dah suruh masa perjumpaan pertama dengan KOMED lagi ... haha walaupun simple tapi menyeronokkan . Rakaman ni hanya nampak para pelakon je dekat bawah . hangpa fikirlah macam mana nak rakam sambil buat dab . yang lain duduk atas dan di merata tempat . masa buat ni yang tak berlakon semua berdiri . kalau nak dengar audio jelas pakai earphone . hee 

itu sahaja nak share setakat ni . apapun aku nak cakap aku gembira dan bersyukur sangat dapat jadi sebahagian dari mereka . love masscom , love uitm lendu 
#lalalalendu #iheartmasscom #mdslendu #komedlendu #UiTMdihatiku
#lendufornia

Friday, September 11, 2015

Puisi ku

hatiku sudah lama terluka
terluka dek badai menimpa jiwa
kehilangan bonda yang tercinta
disaat diri ini sedang berusaha
pemergiannya membawa seribu satu luka
namun pengorbanannya menguatkan jiwa

penghijrahan ke bumi baru amat bermakna
segala kedukaan segera diseka
segala kemanisan mula tercipta
SMK AHMAD BOESTAMAM
kehangatan mula terasa
di sini mulanya sebuah cerita

di asrama smab aku hidup sebagai orang desa
aku belajar mensyukuri segala nikmat yang diberi-Nya
bersyukur aku pada yang Esa
pertemukan aku dengan sahabat suka dan duka

indahnya kenangan yang dicipta bersama
semuanya takkan aku terlupa
segala kedukaan dilalui bersama
semoga kita bahagia selamanya

buat sahabat : ingatlah aku
buat kawan-kawan : kenangilah aku
buat guru : aku amat menyanyangi mu
buat pembaca : terima kasih kerana membaca blog ku

salam kenangan dari ku , nurzeeyanne mohd salleh
hasil tulisan yang lahir dari jiwaku buat semua rakan dan taulan .

Pengalamanku Di Tahun 2015

Assalamualaikum bloggers sekalian ,
hari ni yan nak kongsi kenagan yan dengan korang harap korang sudi baca ...
kenangan yan paling indah pabila yan mendapat anugerah pelajar cemerlang 2014 aliran sains sosial dan memenangi banyak acara dalam sukan yang yan ceburi .. alhamdulillah rezeki Allah bagi pada yan ... semuanya demi arwah mama yan . dia kekuatan yan dalam semua aspek walaupun tempat mama diganti dengan seorang ibu saudara tapi kita hanya mampu berkongsi kasih sayang . biarpun begitu yan bahagia kerana makngah sangat memahami yan . penghijrahan yan ke bumi perak ini merupakan anugerah dari Allah yang Maha Mengasihani . kerana Allah sayangkan yan dia rencanakan semuanya . mungkin di tempat kelahiranku tiada rezeki untuk kejayaan ku namun Allah berikan aku rezeki di tempat orang . biarpun jauh di negeri orang namun aku tetap berbangga kerana Allah beri aku kesempatan untuk belajar di negeri orang . tempat yang baru 1 tahun lebih aku jejaki . Alhamdulillah egala kejayaan diperolehi atas usaha dan bakat sendiri . kenangan bersama rakan=rakan mengajar aku erti persahabatan dan pengkhianatan . kawan biar beribu namun sahabat sejati ialah yang setia disisiku saat aku terluka , gembira , tangis dan tawa . kenangan pahit manis bersama tak akan pernah aku lupakan . kerana ini kenangan ku . kenangan terindahku . kenangan yang tak boleh diganti . kerana kenangan lahir dari pengalaman hidup yang aku jalani sebelum aku kecapinya....
terima Ya Allah kerana beri aku peluang merasa segala nikmat dan rahmatmu di bumi orang .
biarpun penghijrahan ku di bumi perak ini sebagai seorang anak yatim yang baru kehilangan bonda yang tercinta namun itu bukan alasan untuk aku putus asa dan lemah semangat . bahkan itulah kekuatan dan pengorbanan yang dilakukan oleh bondaku untuk melihat kejayaan aku . meskipun kejayaan ku tidak dapat diraih bersama arwah mama namun jauh disudut hatiku aku tahu bahawa arwah mama bangga dengan aku kerana aku telah menunaikan impiannya yang ingin melihat aku perolehi anugerah pelajar cemerlang di sekolah menengah .
buat Arwah bonda yang tercinta Siti Hamidah binti Abu Bakar ,
terima kasih mama kerana melhirkan anak gadis yang bernama Nurzeeyanne binti Mohd Salleh di muka bumi ini . biarpun hidupku bersama mu hanya setakat 16 tahun usia ku namun aku bangga menjadi anak gadis kesayanganmu ma .
kasih sayangmu , senyumanmu , perkataanmu dan pengorbanan mu akan sentiasa aku kenangi sampai mati . aidk sayang mama . selamanya adik anak mama . bersemadilah dengan tenang bondaku . al-fatihah .

SPM CANDIDATES 2015

assalamualaikum bloggers semua... dah lama yan tak update blog kan ? maaflah tahun ni sibuk sangat2 ... maklumlah calon spm kan ??? haha... hari ni yan nak tunjuk kat korang kawan2 yan yang akan sama2 berjuang demi meraih keputusan terbaik sp 2015 ... harap korang suka gambar2 yang yan lampirkan ... :D




doakan kami semua ya ? kami batch 98 . pelajar aspura aspuri SMK Ahmad Boestamam .
kami tahun akhir wajib lulus bm dan sj . semoga kami dapat membanggakan kedua ibu bapa kami dengan keputusan yang kami perolehi . amin

Tuesday, September 2, 2014

NEW FRIEND SMAB



Assalamualaikum bloggers ,
yan nak kenalkan dekat korang kawan-2 baru yan .
dari kiri nama dia NUR DARWIN SHAH (awin) , 16 . sebelah awin ANIS NABILA (bell0 , 16 .
sebelah bell AINA HASMIRA (ayna) , 16 . dan yg sebelah yan Kak FATIN , 17. *hehe lupa nama penuh
dorang ni friendly , gila-2 sama macam kawan-2 dekat semerbak dulu . kadang yan rasa yan lepak dengan budak semerbak cuma dialek lain je . haha . tapi , yan rapat dengan bell . kadang dye macam sara and sorf sbb dpt detect perasaan yan . cuma bell je yg kurang skit dialek perak .